JAWATANKUASA TEKNOUSAHAWAN

Objektif:

Memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar yang berminat dengan keusahawanan untuk

memulakan perniagaan.

Memberi latihan kepada pelajar-pelajar mempraktikkan ilmu dan kemahiran dalam perniagaan di

KKTM / IKM.

Melahirkan ramai teknousahawan bumiputera KKTM / IKM yang berjaya dan cemerlang.

Melahirkan teknousahawan bumiputera yang mempunyai daya saing yang tinggi, berjiwa kental dan

berdaya tahan.

Memberi tempat dan peluang kepada pelajar-pelajar semester akhir KKTM / IKM menjalankan

program teknousahawan.

Syarat Penyertaan:

Terbuka kepada semua pelajar KKTM / IKM yang masih dalam pembelajaran atau lepasan pelajar

KKTM / IKM dalam tempoh 24 bulan dari tamat belajar. Bagi pelajar lepasan KKTM / IKM

pengambilan kemasukan program adalah tertakluk kepada kekosongan.

Tempoh Program:

Selama 30 bulan (6 bulan semasa LI : 24 bulan selepas tamat) atau tertakluk kepada kelulusan JK

Pelaksana KKTM / IKM.

 

Skop Tugas:

a. Penasihat Teknikal

 Memberi khidmat nasihat kepada peserta, jika mereka menghadapi masalah teknikal.

 Memberi bimbingan kepada peserta agar kualiti perkhidmatan yang diberi adalah terbaik

seperti penetapan harga yang berpatutan.

 Memantau disiplin dan prestasi peserta program teknousahawan.

 Menyediakan laporan penyelenggaraan dan kerosakan alatan dan mesin.

 Memantau peserta di luar kawasan yang memerlukan khidmat nasihat sebagai tugas rasmi.

 Menyediakan dan memberi laporan menilaian peserta di akhir program kepada Pegawai

Perhubungan Industri untuk tujuan persijilan.

b. Penasihat Keusahawanan

 Memberi bimbingan dan nasihat kepada peserta bagaimana hendak memulakan perniagaan.

 Memantau prestasi dan disiplin peserta program teknousahawan.

 Mengawalselia semua hal-hal pentadbiran program Teknousahawan.

 Memberi nasihat dari segi pemasaran, perakaunan, Penyata Aliran Tunai, Penyata

Pendapatan & Perbelanjaan, Menganalisis Prestasi Perniagaan dan promosi.

 Menyelia Buku Log Inkubator

 Memantau peserta di luar kawasan yang memerlukan khidmat nasihat sebagai tugas rasmi.

 Menyediakan laporan penilaian peserta di akhir program.

 Mengumpul dan menyimpan dokumentasi program inkubator secara berterusan dan

sistematik.

Button

Hubungi Kami

Kolej Kemahiran Tinggi MARA Sri Gading,

Batu 11 Jalan Kluang,

Parit Raja, 86400, Batu Pahat 

Johor

© Hak Cipta Terpelihara KKTM SRI GADING

Search