Unit Kokurikulum
1. FUNGSI
proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas yang memberikan pelajar
peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan,
kemahiran dan nilai yang dipelajari di dalam kelas. Kegiatan kokurikulum
mengandungi penyertaan dalam persatuan dan kelab, badan beruniform serta
dalam kegiatan-kegiatan lain yang ditentukan. Unit Kokurikulum KKTM Sri
Gading adalah satu unit yang berfungsi sebagai unit yang menyelaras aktiviti
yang dilaksanakan oleh persatuan atau kelab yang terlibat.
2. OBJEKTIF
Membimbing dan membentuk personaliti pelajar supaya lebih
Aktiviti kokurikulum merupakan aktiviti yang dirancang lanjutan daripada
berkepimpinan, berdisplin, bekerjasama dan bertanggungjawab melalui
pendidikan yang diberikan serta program kemasyarakatan yang
dilaksanakan.
Mengaktifkan minat, mengasah bakat, kreativiti dan inovasi pelajar serta
potensi individu dalam bidang-bidang teknikal termasuk professional.
Membangunkan jati diri individu yang mempunyai ketahanan diri yang
tinggi, nilai patriotisme yang unggul serta semangat kasih saying
sejagat.
Mengimbangi tekanan pembelajaran kepada suasana berunsurkan
rekreasi secara tersusun dan terarah.
Meningkatkan kemahiran komunikasi, keyakinan diri serta penampilan
diri yang kemasmenerusi aktiviti yang terancang dan berdisiplin.
3. SKOP TUGAS
Membangunkan dan membudayakan pelbagai bidang dalam kursus
kokurikulum.
Memastikan pengurusan dan penyelarasan aktiviti luar kelas supaya
berjalan dengan lancer.
Menjalin kerjasama dengan organisasi atau individu luar bagi
menjayakan aktiviti yang dirancang.
Memperkasa nilai-nilai jati diri pelajar seperti kerjasama, amanah,
toleransi dan kesabaran bersama pelajar.
Menyimpan rekod pemberian markah kursus kokurikulum setiap
semester.
Menyediakan laporan mengikut semester.
4. AHLI JAWATANKUASA
(Akan dikemaskini)