PERUTUSAN PENGARAH



Segala puji bagi Allah S.W.T, selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad S.A.W dan ahli keluarga serta para sahabat.

Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Sri Gading menfokuskan bidang teknologi pembinaan termaju di mana terdapat 7 program Diploma Teknologi Pembinaan yang ditawarkan.

KKTM Sri Gading akan membantu kebolehpasaran graduan untuk menjadi usahawan melalui Program Teknousahawan dan e-usahawan yang dijalankan bersekali dengan program pengajian Diploma.

Graduan juga akan dibantu untuk mendapatkan pekerjaan melalui Program Place & Train (ensuring employability) di mana pihak kami akan mendapatkan syarikat-syarikat yang akan mengambil graduan KKTM Sri Gading nanti.

Di samping itu, pelajar-pelajar KKTM Sri Gading yang berminat akan berpeluang melanjut pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di IPTS dan IPTA.

KKTM Sri Gading juga akan membantu anak-anak asnaf untuk mendapatkan penajaan bagi pembayaran yuran kemasukan ke KKTM Sri Gading melalui kerjasama erat dengan pihak agensi, badan berkanun dan badan bukan kerajaan (NGO).

Selamat menjadi mahasiswa dan mahasiswi KKTM Sri Gading semoga kita akan beroleh kejayaan demi agama, bangsa dan tanah air.

Sekian. Terima kasih.


PENGARAH
KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA
SRI GADING, JOHOR DARUL TA'ZIM.

Button

Hubungi Kami

Kolej Kemahiran Tinggi MARA Sri Gading,

Batu 11 Jalan Kluang,

Parit Raja, 86400, Batu Pahat 

Johor

© Hak Cipta Terpelihara KKTM SRI GADING

Search