PIAGAM PELANGGAN
Kami warga KKTMSG sentiasa amanah dalam melaksanakan perkhidmatan yang berintegriti, berkualiti dan berkesan untuk memudahkan sistem penyampaian. Kami berjanji untuk melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan seperti berikut:
1. Memberi perkhidmatan secara profesional dalam persekitaran kondusif dan mesra pelanggan.
2. Menyediakan kemudahan dan infrastruktur yang bersesuaian kepada pelajar semasa menjalani pengajian di KKTMSG.
3. Menyerahkan slip keputusan peperiksaan pelajar dalam minggu pertama pada setiap semester berikutnya.
4. Pemberian elaun kepada pelajar baharu akan dijelaskan dalam tempoh masa 3 bulan dengan syarat semua dokumen memenuhi syarat yang ditetapkan.
5. Melahirkan pelajar yang berpengetahuan dan kompeten sejajar dengan keperluan industri.
6. Tuntutan pembayaran bagi perolehan perkhidmatan akan dibayar dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen yang lengkap.
7. Memberi maklum balas kepada pertanyaan bertulis pelanggan dalam masa tujuh (7) hari bekerja dari tarikh penerimaan pertanyaan.