POLISI & OBJEKTIF KUALITI
POLISI KUALITI
"Kami beriltizam untuk menjadi peneraju Pendidikan Teknikal dan Vokasional dalam melahirkan modal insan global yang berintegriti, kompeten dan berinovasi serta berpotensi menjadi teknousahawan dengan mematuhi dan berterusan meningkatkan keberkesanan sistem pengurusan kualiti."
OBJEKTIF KUALITI
- Memastikan sekurang-kurangnya 80% daripada jumlah keseluruhan pelajar semester akhir lulus dan dianugerahkan dengan Diploma MARA
- Memastikan sekurang-kurangnya 98% daripada pelajar mencapai Purata Mata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 2.0 dan ke atas bagi setiap semester.
- Memastikan sekurang-kurangnya 80% daripada jumlah keseluruhan pelajar mendapat markah baik dalam penilaian sahsiah pelajar pada setiap semester
- Memastikan warga kerja menghadiri sekurang-kurangnya tujuh (7) hari Program Peningkatan Profesionalisma dalam masa satu (1) tahun
- Memastikan sekurang-kurangnya 95% pensyarah mendapat markah 80% dan ke atas dalam penilaian pengajaran oleh pelajar di akhir setiap semester.
- Melaksanakan program keusahawanan pelajar sekurang-kurangnya tiga (3) kali setahun
- Menyertai pertandingan/program inovasi dan kemahiran sekurang-kurangnya tiga (3) kali setahun